KUCHING, 18 Jun: Pihak polis akan membuat penutupan jalan di lokasi-loksi yang terlibat sekitar Bandaraya Kuching untuk memberi laluan kepada pelaksanaan raptai pada 20 Jun (Jumaat) dan perarakan Gawai Dayak 2025 pada 21 Jun (Sabtu) ini.
Laluan yang akan ditutup kepada orang ramai ialah Jalan Gambier / Jalan Power, Jalan Old Court House / Jalan Khoo Hun Yeang, Jalan Carpenter, Jalan Wawasan / Lebuh wayang, Jalan Padungan / Jalan Bukit Mata, Lampu Isyarat Jalan Abell / Jalan Petanak, Bulatan Sri Aman / susur masuk Jalan Abell dan bulatan Sri Aman / laluan masuk ke Jalan
Padungan
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, perarakan itu akan bermula dari bangunan Tun Jugah ke Square Tower Waterfront Kuching (Jalan Tunku Abdul Rahman – Jalan Main Bazaar)
“Untuk raptai pada 20 Jun laluan itu akan ditutup mulai jam 8 pagi hingga 12 tengah hari manakala pada 21 Jun laluan itu akan ditutup mulai jam 8 pagi hingga 6 petang
“Pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang datang agar tidak meletakkan kenderaan di sepanjang bahu jalan dan dinasihatkan supaya merancang perjalanan serta memilih laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di talian 082-259900.- TVS