Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah rumah kediaman di Kampung Sungai Apong Baru, Kuching, terbakar ketika penghuninya tiada di rumah malam tadi. Foto JBPM

Kediaman terbakar ketika penghuni tiada di rumah

KUCHING, 18 Jun: Sebuah kediaman di Kampung Sungai Apong Baru di sini, terbakar ketika penghuninya tiada di rumah malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi(PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kebakaran berlaku pada jam 9.53 malam itu memusnah kira-kira 60 peratus kediaman dua tingkat itu.

“Operasi pemadaman berjaya dikawal pada 10.17 malam sebelum tamat sepenuhnya pada 10.30 malam.

“Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya bersama bantuan BBP Padungan menggunakan dua aliran pam air dan sumber air dari pili bomba berhampiran bagi memadam api,” kata kenyataan itu.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pemilik rumah tidak berada di lokasi ketika kejadian.

Seramai 16 anggota terlibat dalam operasi tersebut yang diketuai PBK I Said Muhammad Imran Sahul Hamid. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan