Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Safiee mengadakan lawatan bagi meninjau perkembangan terkini projek pembinaan jeti baharu Bintangor. Foto DUN Daro (Facebook).

Jeti baharu Bintangor disasar siap Okt tahun ini

BINTANGOR, 18 Jun : Projek pembinaan jeti baharu di Bintangor kini mencapai 65 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya pada Oktober tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, projek bernilai RM3 juta itu berjalan lancar dan sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan ia disiapkan mengikut jadual.

“Projek ini amat penting kepada komuniti maritim di Bintangor kerana ia bakal menjadi pangkalan utama bot penduduk untuk membawa hasil perikanan dan pertanian ke bandar,” katanya semasa melakukan lawatan tapak pada petang semalam.

Beliau turut memuji peranan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) yang komited dalam memastikan kelancaran pelaksanaan projek tersebut serta kerjasama erat dengan agensi pelaksana dan kontraktor terlibat.

“Kerajaan Sarawak sentiasa menitikberatkan pelaksanaan projek rakyat seperti ini kerana ia memberi impak langsung kepada kehidupan harian penduduk. Oleh itu, status kemajuan projek sentiasa diberi perhatian serius,” ujarnya lagi.

Projek tersebut merupakan antara inisiatif kerajaan dalam meningkatkan infrastruktur luar bandar, khususnya dalam sektor pengangkutan air.

Turut hadir ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing; Pegawai Daerah Meradong, Thomas Geoffrey Kandawang; Penolong Pengawal LSS Wilayah II, Mohammad Fadzli Noh; dan Jurutera Awam, Fathurrahman Raba-e. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan