Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bot yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Kaedah 12, Boat Rules 1953 kerana beroperasi tanpa keanggotaan yang mencukupi. Foto Maritim Malaysia

Bot tunda langgar syarat lesen ditahan di perairan Bintulu

BINTULU, 18 Jun: Sebuah bot tunda ditahan kerana disyaki melanggar syarat sah lesen oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu dalam satu rondaan petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata, bot berkenaan ditahan pada sekitar 2.30 petang di kedudukan 4.9 batu nautika barat laut Kuala Kemena oleh pasukan rondaan Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan OP TIRIS 3.0, OP PERMAI 01/2019 dan OP MARDOF 1/2025 pada Selasa.

“Pemeriksaan mendapati bot tersebut beroperasi tanpa keanggotaan yang mencukupi seperti yang telah ditetapkan dalam syarat lesen iaitu seorang kru warga tempatan berusia 26 tahun dan seorang lagi warga Indonesia berusia 23 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bot terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah Kaedah 12, Boat Rules 1953 kerana beroperasi tanpa keanggotaan yang mencukupi sebagaimana dikehendaki Pegawai Pelabuhan, di mana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda atau kompaun.

Bot bersama kru telah diiring masuk ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakanlanjut.

Maritim Malaysia mengingatkan agar semua komuniti Maritim supaya sentiasa mematuhi peraturan serta mengamalkan prosedur keselamatan di laut, bagi mengelakkan risiko insiden yang tidak diingini.

Sebarang aduan, maklumat atau kecemasan di laut, orang ramai bolehmenyalurkannya ke talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu melalui 086-314254 / Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544) untuk tindakan segera.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan