Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah merakam gambar kenangan semasa Majlis Perasmian Persidangan Rainforest Youth Summit (RAYS) 2025 di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC) di Kuching pada Rabu. Foto TVS

Belia sentiasa diberi ruang sumbang idea berkaitan alam sekitar – Abdul Karim

KUCHING, 18 Jun: Kerajaan Sarawak sentiasa membuka ruang kepada belia untuk menyumbang idea dan terlibat secara langsung dalam dasar berkaitan alam sekitar di negeri ini, kata Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau berkata, Persidangan Rainforest Youth Summit (RAYS) 2025 yang berlangsung dari 18 hingga 20 Jun di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC) menjadi platform penting ke arah pemuliharaan alam sekitar yang mampan.

Menurutnya, bertemakan ‘Living Landscape: Charting A Sustainable Future’, persidangan ini menghimpunkan penceramah antarabangsa dan bengkel interaktif untuk merangka agenda masa depan lestari yang inklusif.

“Golongan belia mempunyai lebih banyak idea, mereka juga akan menggumpulkan data daripada program ini dan akan dibentangkan kepada kita. Ini adalah perkara yang ingin dilihat oleh belia… begitulah cara dasar dibuat, itulah cara kita bergerak ke hadapan,” katanya.

Tambah beliau, suara belia turut didengari melalui inisiatif seperti program Jelajah Belia yang membolehkan kementerian turun padang bagi memahami aspirasi anak muda di bandar mahupun luar bandar.

Abdul Karim juga optimis bahawa RAYS akan terus berkembang seiring kesedaran global terhadap kepentingan menjaga alam sekitar.

“Saya berharap usaha RAYS ini tidak terhenti di sini sahaja kerana saya sangat percaya melaksanakan perubahan ini adalah tanggungjawab setiap pemimpin, sama ada mereka di Sarawak, Malaysia atau Indonesia.

“Itu adalah tanggungjawab pemimpin masing-masing untuk memastikan ketua masa depan negara-negara ini… akan mempunyai pandangan seperti yang diharapkan oleh program ini iaitu rasa yang mendalam ingin melihat bahawa negara mereka dijaga, tiada pencemaran dan lestari,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan