Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang ahli perniagaan dalam bidang perkakasan kerugian lebih RM700,000 selepas terperdaya dengan tawaran pekerjaan tidak wujud menerusi laman sosial Facebook, bulan lepas. Foto hiasan Envato

Ahli perniagaan rugi lebih RM700,000 terperdaya tawaran kerja palsu di FB

ByBernama

SEREMBAN, 18 Jun: Seorang ahli perniagaan dalam bidang perkakasan kerugian lebih RM700,000 selepas terperdaya dengan tawaran pekerjaan tidak wujud menerusi laman sosial Facebook, bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Abdul Malik Hasim berkata mangsa seorang lelaki tempatan berusia lewat 30-an, mendakwa berkenalan dengan seorang wanita warga China yang kemudian memperkenalkannya kepada laman sesawang dikenali sebagai “Yoox-Shooping” pada 15 Mei lepas.

“Wanita terbabit menawarkan kerjasama dalam urusan perniagaan dan meminta mangsa membuka sebuah kedai dalam talian di laman sesawang berkenaan.

“Mangsa diminta membuat bayaran ke dalam 10 akaun bank berbeza bagi menaikkan penarafan kedai miliknya menerusi 27 transaksi berasingan dengan jumlah keseluruhan RM703,337.41,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Abdul Malik berkata mangsa mula menyedari dirinya ditipu apabila wanita itu sekali lagi meminta bayaran tambahan sebanyak RM300,000 kononnya untuk mengeluarkan keuntungan daripada peningkatan penarafan kedai.

Susulan itu, katanya mangsa tampil membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan