Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 137 penerima dikurniakan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri di Dewan Besar, Astana Negeri Sarawak, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

137 individu terima Darjah Kebesaran Negeri Sarawak

ByAsmah Adenan

KUCHING, 18 Jun: Seramai 137 penerima telah dikurniakan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dalam Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri yang berlangsung di Dewan Besar, Astana Negeri Sarawak, hari ini.

Istiadat dimulakan dengan pengurniaan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K.), kepada Ketua Biro Pendidikan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Wanita Sarawak, Datin Fauziah Mardiana Sepawi; Pengarah Institusi Tenaga Lestari dan Diperbaharui (ISuRE), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Ts Dr Shanti Faridah Salleh; serta Ketua Penyelidikan dan Pembangunan, Pusat Biodiversiti Sarawak, Margarita Naming, bersama tujuh penerima lain.

Majlis turut menyaksikan penganugerahan Pingat Pentadbiran Awam, Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B.), kepada 20 penerima, diikuti pengurniaan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Ahli Bintang Sarawak (A.B.S.), kepada 18 penerima.

Sebanyak 18 penerima lagi menerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K.).

Sementara itu, seramai 39 individu dianugerahkan Pingat Pentadbiran Awam, Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T.), dan 32 penerima menerima Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Bentara Bintang Sarawak (B.B.S.).

Turut hadir menyaksikan majlis istiadat tersebut ialah isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Datin Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, serta Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan