Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan dari Cawangan Task Force Kompeni C, Batalion 1 PGA, Bukit Kayu Hitam, Kedah berjaya merampas 9,053 kotak mercun bernilai RM8.1 juta dalam serbuan ke atas sebuah gudang di Perai hari ini. Foto, Briged Utara Pasukan Gerakan Am.

PGA rampas mercun bernilai RM8.1 juta

PERAI, 17 Jun: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara berjaya merampas 9,053 kotak mercun bernilai lebih RM8.1 juta selepas melakukan serbuan ke atas sebuah gudang di kawasan perindustrian di sini hari ini.

Operasi oleh Cawangan Task Force Kompeni C, Batalion 1 PGA, Bukit Kayu Hitam, Kedah itu turut berjaya memberkas seorang lelaki warga tempatan semasa serbuan.

Komander Briged Utara PGA, Senior Asisten Komisioner (SAC) Shahrum Hashim berkata, pihaknya mendapati mercun berkenaan diperolehi dari Pelabuhan Klang, Selangor bagi dipasarkan ke kawasan Utara Semenanjung Malaysia.

“Pasukan serbuan berjaya mengesan gudang itu yang menyimpan mercun tanpa permit sah dan telah mencegah aktiviti penyimpanan semua bekalan mercun tersebut secara tidak selamat.

“Ia membabitkan 9,053 kotak pelbagai jenis mercun bernilai RM8,158,714 yang disita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Sementara itu, ujar Shahrum, Briged Utara PGA akan terus mempergiatkan pengawasan dan rondaan di sekitar negeri ini, Perak dan Kedah bagi mengekang sebarang akitivti yang menyalahi undang-undang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan