Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PETRONAS mengesahkan kumpulan itu kini melaksanakan pembangunan terminal pengegasan semula ketiga di Malaysia.Foto fail, AFP.

PETRONAS sahkan kerja pembangunan terminal pengegasan semula ketiga di Malaysia

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 17 Jun: PETRONAS mengesahkan syarikat itu kini melaksanakan pembangunan terminal pengegasan semula ketiga di Malaysia.

Presiden merangkap ketua pegawai eksekutifnya, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz berkata, terminal  itu merupakan antara usaha kerajaan berdepan jangkaan lonjakan permintaan tenaga elektrik sebanyak 6.5 peratus.

Jelas beliau, projek berkenaan juga merupakan bentuk persediaan rapi apabila Malaysia dijangka memainkan peranan sebagai pengimport gas asli cecair (LNG) dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang.

“Walaupun kami terus mengekalkan kelebihan di Malaysia Timur untuk mengeksport LNG kepada rakan kongsi dalam jangka panjang sebagai jaminan keselamatan, keperluan dan permintaan di Semenanjung Malaysia semakin meningkat,” katanya pada sidang media, hari ini.

Tengku Muhammad Taufik menekankan bahawa usaha menangani peningkatan permintaan itu menjadi tanggungjawab bersama pemain industri tenaga negara.

“Perdana Menteri juga menyebut bahawa sebanyak RM40 bilion diperuntuk bagi memastikan grid tenaga juga mampu menampung permintaan tenaga ini,” katanya.

Menurut beliau, PETRONAS mampu membekalkan sumber LNG dari terminal di luar pesisir pantai timur Semenanjung Malaysia dan kawasan pembangunan bersama dengan negara jiran di Thailand. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan