Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jemaah Haji asal Indonesia ketika akan berlepas ke Tanah Suci. Foto David Andreas (TVS)

Pesawat jemaah haji Indonesia mendarat cemas di Medan akibat ancaman bom

ByTVS

JAKARTA, 17 Jun: Sebuah pesawat milik Saudia Airlines, penerbangan SV 5276 yang membawa seramai 442 jemaah haji dari Indonesia terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, Sumatera Utara selepas menerima ancaman bom.

Pesawat tersebut yang dalam perjalanan dari Jeddah ke Jakarta berjaya mendarat dengan selamat pada pukul 10.55 pagi waktu tempatan hari ini.

Selepas mendarat, pesawat terbabit dialihkan ke kawasan parkir terpencil sebagai langkah keselamatan, sementara Pasukan Pemusnah Bom Polis Indonesia dikerahkan ke lokasi dan berada dalam keadaan bersiap siaga.

Menurut Pengarah Jenderal Perhubungan Udara Indonesia, Encik Lukman Laisa, pihaknya menerima laporan mengenai ancaman bom melalui e-mel daripada individu tidak dikenali pada pukul 7.30 pagi.

E-mel tersebut mengandungi ancaman untuk meletupkan pesawat Saudia Airlines SV 5276 yang dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta.

“Susulan laporan ancaman tersebut, kami segera mengaktifkan Emergency Operation Center (EOC) sebagai pusat pengendalian darurat, serta mengarahkan semua anggota Komite Keselamatan Lapangan Terbang untuk berkumpul dan menyusun langkah-langkah tindak balas,” katanya.

Setakat ini, semua jemaah haji telah dievakuasi dengan selamat manakala pasukan polis sedang menjalankan pemeriksaan menyeluruh ke atas pesawat bagi mengesan sebarang bahan letupan.

Pihak berkuasa menegaskan bahawa kerjasama berterusan akan dijalankan bersama semua pengendali penerbangan, Jawatankuasa Keselamatan Lapangan Terbang dan agensi berkaitan sehingga keadaan disahkan benar-benar selamat dan terkawal. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan