Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tengku Muhammad Taufik (kiri) bercakap dalam sidang media sempena Energy Asia 2025 di Kuala Lumpur hari ini. Foto, Afiq Johari (TVS).

Permintaan jelas untuk ASEAN gubal dasar tenaga yang bersepadu

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 17 Jun: Terdapat permintaan yang ketara agar ASEAN menggubal dasar tenaga yang bersepadu bagi memudahkan pelaksanaan projek tenaga baharu di rantau ini serta menjadikannya lebih mesra pelaburan.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) PETRONAS, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz berkata tuntutan itu disuarakan oleh pemain industri tenaga global pada sebuah forum yang diadakan baru-baru ini.

Jelas beliau, meskipun terdapat keputusan bersama untuk mempertingkat kerjasama rentas industri dan sempadan, PETRONAS memerlukan pencapaian yang nyata sebelum bersetuju.

“Permintaan ini adalah untuk rantau seperti ASEAN menggubal dasar serta penguatkuasaan yang lebih koheren dan konsisten untuk melaksanakan projek yang bersifat mesra pelabur bagi keselamatan tenaganya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas bersempena Energy Asia 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Tengku Muhammad Taufik menegaskan sekiranya kerjasama itu ingin direalisasikan, pelaksanaannya perlu dilakukan secara strategik, termasuk memadankan pelabur dengan pakej projek yang bersesuaian.

“Dalam konteks ini, terdapat persetujuan untuk bekerjasama dan berkongsi amalan terbaik bagi menjadikan projek tersebut lebih mesra pelabur seperti yang dilaksanakan di Eropah,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan