Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto fail Bernama

Peningkatan kedudukan dalam WCR bukti usaha kerajaan buahkan hasil – PM

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 17 Jun: Kejayaan Malaysia mencatat lonjakan membanggakan dalam Laporan Penarafan Daya Saing Dunia (WCR) 2025 apabila naik 11 anak tangga ke kedudukan ke-23 merupakan petunjuk jelas bahawa usaha reformasi Kerajaan MADANI sedang membuahkan hasil.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pencapaian terbaik sejak lima tahun lalu itu membuktikan Malaysia mampu melonjak jauh dengan tekad politik, iltizam seluruh jentera kerajaan dan kerjasama erat sektor swasta.

“Prestasi memberangsangkan dalam perdagangan, kecekapan pentadbiran dan persekitaran pelaburan menjadi asas kukuh kepada kemajuan ekonomi yang inklusif dan mampan.

“Pencapaian ini milik semua rakyat Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, ia adalah antara asas penting dalam perjalanan untuk meletakkan negara ini dalam kelompok ekonomi paling berdaya saing menjelang 2033 demi masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak kita.

Terdahulu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam satu kenyataan berkata, peningkatan daya saing negara sebanyak 11 anak tangga itu mencerminkan kemampuan industri tempatan yang penting untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan terpilih. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan