Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemandu cedera di bahagian kaki selepas ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kemalangan dengan lori di Jalan Tabuan Jaya di sini, petang tadi.Foto JBPM

Pemandu ambulans cedera dalam kemalangan dengan lori di Tabuan Jaya

KUCHING, 17 Jun:Seorang pemandu ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) cedera di bahagian kaki selepas kenderaan yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Tabuan Jaya, petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya, Suhardi Razali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada jam 6.16 petang sebelum menggerakkan lapan anggota ke lokasi kejadian.

“Ambulans tersebut membawa dua petugas KKM, seorang pesakit dan tiga ahli keluarga pesakit. Kesemua mereka dilaporkan selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pemandu ambulans yang tersepit pada bahagian kaki berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi.

“Pasukan bomba kemudian menjalankan pemeriksaan lanjut di lokasi kemalangan untuk memastikan tiada bahaya lain,” ujarnya.

Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) menggunakan dua buah ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut. Operasi penyelamatan turut menghadapi sedikit kesukaran berikutan kesesakan lalu lintas di kawasan kejadian.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan