Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara aktiviti yang dilaksanakan sempena Program Pengukuhan Keselamatan Komuniti Bebas Dadah di Dewan Serbaguna Lebu Kulit Sungai Asap Belaga.Foto MKN Sarawak

MKN, AADK anjur Program Pengukuhan Keselamatan Komuniti Bebas Dadah

BELAGA, 17 Jun: Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sarawak dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu dan JKKK Lebu Kulit telah mengadakan Program Pengukuhan Keselamatan Komuniti Bebas Dadah di Dewan Serbaguna Lebu Kulit, Sungai Asap Belaga Kapit Sarawak yang berakhir malam tadi.

MKN dalam kenyataan berkata, objektif program adalah untuk menjalinkan kerjasama dan perpaduan di antara agensi dan masyarakat setempat menerusi aktiviti seperti gotong-royong, senamrobik dan lawatan ke kawasan Lebu Kulit.

Antara lain pengisian program adalah Perasmian Pintu Gerbang Lebu Kulit, Sungai Asap yang telah disempurnakan Ketua Penolong Pengarah (KPP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak, Wazi Seman diiringi Ketua Daerah AADK Sibu, Azimah Marshid, Penghulu Robert Anyie dan Paren Lebu (PL) Bujang Bit.

Seterusnya, program pada malamnya diteruskan dengan persembahan tarian Pebeke Tawai (Tarian Perpaduan), Ngajat Solo Lelaki dan Wanita serta tarian Datun Julut oleh JKKK Lebu Kulit.

Program turut dimeriahkan dengan persembahan oleh Band Djaksa dan wakil penyanyi daripada komuniti setempat.

Dalam ucapannya Wazi Seman berharap agar kerjasama erat di antara agensi dan penduduk setempat dalam membanteras dadah terus dipergiat demi memastikan keselamatan negara terus kekal dan terpelihara.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan