Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas bot dinaikinya terbakar semalam, ditemukan lemas dengan kesan melecur hampir menyeluruh pada badan di perairan Tanjung Piandang, dekat Kuala Kurau, pagi tadi. Foto hiasan Envato

Mayat nelayan hilang ditemukan lemas, badan melecur hampir keseluruhan

ByBernama

IPOH, 17 Jun: Seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas bot dinaikinya terbakar semalam, ditemukan lemas dengan kesan melecur hampir menyeluruh pada badan di perairan Tanjung Piandang, dekat Kuala Kurau, pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Hairil Othman berkata, mayat mangsa, Cheah Cahi Pun, 33, ditemukan kira-kira 4.8 batu nautika dari barat Tanjung Piandang oleh seorang nelayan tempatan.

Menurutnya pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan itu pada pukul 8 pagi sebelum mengatur gerak pasukan ke lokasi kejadian.

“Mayat ditemukan dalam keadaan terapung dan mempunyai kesan melecur hampir keseluruhan badan.

“Mayat kemudiannya dibawa ke jeti Tanjung Piandang sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Susulan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang melibatkan aset Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta komuniti nelayan tempatan, ditamatkan secara rasmi hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi semalam, sebuah bot yang dinaiki tiga nelayan terbakar dipercayai berpunca daripada bahagian enjin ketika berada kira-kira 8.6 batu nautika dari timur Tanjung Piandang.

Ketiga-tiga kru sempat terjun ke laut bagi menyelamatkan diri, namun hanya dua berjaya diselamatkan manakala Cheah  dilaporkan hilang dan kemudiannya ditemukan lemas hari ini.

Sementara itu, Mohd Hairil turut mengingatkan komuniti nelayan agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan termasuk memakai jaket keselamatan ketika berada di laut.

“Sekiranya berlaku sebarang kecemasan, orang ramai boleh menghubungi talian kecemasan 999, WhatsApp ke 011-3525 9919 atau terus ke Pejabat Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-727 9919,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan