Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Blanca Jiménez Cuadrillero, melawat reruai pameran selepas Majlis Perasmian World National Tapas and World Asia Tapas Competition Exhibition and Seminar 2025 di Kuching pada Selasa. Foto TVS

Makanan sebagai medium budaya perkukuh hubungan Sarawak dan Sepanyol

KUCHING, 17 Jun: Hubungan dua hala antara Sarawak dan Valladolid, Sepanyol, diperkukuh menerusi makanan sebagai medium budaya sekali gus memacu sektor pelancongan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ia turut menjadi platform memperkenalkan budaya dan keunikan kulinari negeri ini kepada dunia.

“Ini peluang besar untuk mengembangkan pelancongan dan industri kreatif kita. Sarawak mahu melangkaui kebergantungan kepada sumber asli dengan membina bakat tempatan termasuk dalam bidang kulinari yang mampu memberi inspirasi kepada dunia secara unik.

“Melalui acara ini, kita boleh memperkenalkan makanan ikonik seperti umai, tuak dan laksa Sarawak kepada dunia,” katanya ketika berucap merasmikan Penganjuran World National Tapas and World Asia Tapas Competition Exhibition and Seminar 2025 di sini, hari ini.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Acara dan Penjenamaan Bandar Valladolid, Blanca Jiménez Cuadrillero menyifatkan acara tersebut sebagai jambatan budaya antara Malaysia dan Sepanyol menerusi konsep Tapas.

“Valladolid menganjurkan pertandingan Tapas kebangsaan setiap tahun, dan pemenang acara di sini akan ke Sepanyol untuk bersaing dengan chef Tapas terbaik dunia di hadapan juri profesional.

“Ini peluang mempererat hubungan dua budaya kaya Malaysia dan Sepanyol dalam acara yang bermakna dan berkekalan,” ujarnya.

Lebih 20 pempamer dari sektor makanan dan minuman menyertai pameran selama tiga hari bermula 17 hingga 19 Jun di KTS Garden, Kuching.

Seminar juga dianjurkan melibatkan pakar industri membincangkan kelestarian makanan, pensijilan, acara neutral karbon, pertanian dan trend terkini.

Tiga pertandingan kulinari turut memeriahkan acara iaitu Edisi Kedua Pertandingan Tapas Kebangsaan, Cabaran Seni Barista edisi sulung, dan Pertandingan Asia Tapas pertama yang disertai peserta dari Taiwan, Thailand, Vietnam, India, Jepun dan negara lain. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan