Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penunggang motosikal maut di tempat kejadian selepas dirempuh kereta di Jalan Pan Borneo, Kampung Kiranau Foto IPD Penampang

Lelaki maut dalam kemalangan di Jalan Pan Borneo

PENAMPANG, 17 Jun: Seorang lelaki warga asing maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Jalan Pan Borneo, Kampung Kiranau malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton, kejadian berlaku sekitar jam 11.20 malam apabila kereta dipandu wanita tempatan berusia 26 tahun dari arah Inobong menuju ke Kota Kinabalu hilang kawalan dan melanggar belakang motosikal mangsa.

“Mangsa, seorang lelaki warga asing berumur 41 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan media pagi ini.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth I untuk bedah siasat, manakala pemandu kereta telah ditahan untuk siasatan lanjut di IPD Penampang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu kerana memandu secara melulu atau membahayakan sehingga menyebabkan kematian.

Polis meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Saparia Ladoni di talian 019-8095133.

Orang ramai turut dinasihatkan agar tidak menyebarkan imej atau klip video kemalangan demi menjaga sensitiviti keluarga mangsa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan