Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C bersama lima kru warga Myanmar kerana melanggar syarat sah lesen di kedudukan 21 batu nautika barat daya Pulau Kendi, dekat sini hari ini.Foto APMM

Langgar syarat sah lesen, APMM tahan bot bersama lima kru warga Myanmar

ByBernama

GEORGE TOWN, 17 Jun: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C bersama lima kru warga Myanmar kerana melanggar syarat sah lesen di kedudukan 21 batu nautika barat daya Pulau Kendi, dekat sini hari ini.

Pengarahnya Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata vesel peronda APMM sedang melakukan rutin rondaan dan penguatkuasaan sebelum memeriksa bot nelayan itu yang sedang bergerak di sekitar posisi berkenaan.

“Pemeriksaan mendapati bot itu dikendalikan oleh lima kru warga Myanmar termasuk tekong yang kesemuanya berumur 25 hingga 45 tahun, dua daripada lima lelaki tersebut gagal mengemukakan permit kerja.

“Semua mereka ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu tiada kebenaran menggunakan kru warga asing daripada Pengarah Perikanan Malaysia dan Seksyen 15 (1) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki permit bekerja di atas bot itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bot nelayan bersama hasil tangkapan sebanyak 30 kilogram ikan baja turut dirampas dan diserahkan kepada pegawai penyiasat APMM.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan