Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Temenggong Stanly (sembilan dari kanan) bersama ketua-ketua masyarakat Daerah Sibu bergambar kenangan bersama beberapa mangsa kebakaran di PPS SK Tanjung Penasu, petang tadi. Foto TVS

Ketua Masyarakat Sibu hulur bantuan kepada mangsa kebakaran Rh Jonathan Budon

SIBU, 18 Jun: Ketua-ketua masyarakat di Daerah Sibu tampil memberikan bantuan kepada mangsa kebakaran di Rumah Panjang (Rh) Jonathan Budon, Jalan Penasu pada Selasa sebagai usaha meringankan beban mereka yang terjejas akibat kejadian tersebut.

Rombongan yang diketuai Temenggong Stanly Geramong Bandar bersama Pemanca Paing Tawi serta beberapa penghulu dan ketua masyarakat lain menyampaikan barangan keperluan harian seperti beras, air minuman, biskut, dan keperluan asas lain kepada mangsa yang kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Penasu.

Menurut Penghulu Eddy Jemat, bantuan yang diberikan adalah simbol solidariti komuniti setempat, khususnya daripada pemimpin akar umbi yang sentiasa prihatin terhadap nasib rakyat.

“Kami berharap sumbangan ini dapat memberi sedikit kelegaan serta semangat kepada mangsa untuk bangkit semula selepas menghadapi dugaan ini,” katanya kepada pemberita semalam.

Beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya akan terus memantau keadaan dan bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi memastikan semua mangsa menerima bantuan sewajarnya.

Penduduk Rumah Panjang Jonathan Budon yang terlibat amat menghargai keprihatinan yang ditunjukkan dan berharap lebih banyak pihak tampil membantu dalam proses pemulihan pasca kebakaran.

Kebakaran berlaku sekitar jam 6.50 petang pada Isnin, memusnahkan sepenuhnya rumah panjang berstruktur tidak kekal yang terdiri daripada sembilan pintu, melibatkan 34 penduduk daripada sembilan Ketua Isi Rumah (KIR) yang kini kehilangan tempat tinggal.

Terdahulu dalam kejadian, Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dengan bantuan BBP Sibu Sentral berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya pada jam 7.44 malam.

Kebakaran melibatkan struktur tidak kekal seluas kira-kira 180 x 150 kaki persegi itu menyebabkan kemusnahan total rumah panjang berkenaan.

Semua mangsa telah dipindahkan ke PPS SK Tanjung Penasu sekitar jam 10 malam hari yang sama. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan