Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Siti Safinah Salleh berkata semangat kerjasama dalam kalangan anggota ASEAN penting dalam memastikan peralihan tenaga menjadi agenda bersama. Foto Mohamad Gustie Noorambia (TVS)

Kerjasama negara anggota ASEAN perkukuh agenda peralihan tenaga

ByFebbright James

KUCHING, 17 Jun: Semangat kerjasama ASEAN dalam mencapai agenda peralihan tenaga disifatkan sebagai semakin kukuh menerusi perbincangan yang berlangsung sempena Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN Mengenai Tenaga (SOME) ke-43 di Kuching, Sarawak.

Menurut Ketua Pegawai Eksekitif Suruhanjaya Tenaga, Siti Safinah Salleh, perbincangan yang berlangsung sejak hari pertama mesyuarat jelas mencerminkan semangat ASEAN yang berlandaskan kepada kerjasama dan saling menghormati.

Semangat ini penting dalam memastikan peralihan tenaga menjadi agenda bersama yang mampu direalisasikan menjelang tahun 2050.

“Apabila saya kata semangat ASEAN itu, ia adalah semangat kerjasama dan pada masa sama saling menghormati. Kita nampak dengan jelas semangat ini dalam perbincangan berkaitan elektrik dan juga pembangunan gas,” katanya ketika ditemui pada SOME ke-43 di sini, hari ini.

Sebagai badan kawal selia tenaga di Semenanjung Malaysia, Suruhanjaya Tenaga menyokong sepenuhnya aspirasi kerajaan untuk melaksanakan agenda peralihan tenaga nasional dan serantau.

Antara tumpuan utama ialah meningkatkan kecekapan tenaga dan memperluas penggunaan tenaga boleh diperbaharui.

“Kita perlu mendedahkan pengguna serta semua sektor supaya menjadi lebih cekap tenaga. Dalam masa sama, kita mahu memotivasikan sektor industri dan komersial untuk melabur dalam tenaga bersih,” katanya lagi.

Beliau turut menekankan keperluan meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan peralihan tenaga.

Katanya, peranan media amat penting dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat agar mereka memahami tanggungjawab masing-masing dalam usaha ini.

Dari segi kerjasama serantau, Malaysia telah lama menjalin hubungan dengan Thailand dalam sektor tenaga dan hubungan ini terus diperkukuh dengan pelbagai projek baharu.

Selain itu, minat untuk bekerjasama turut diterima daripada negara-negara jiran lain seperti Vietnam, Laos, Singapura dan Indonesia.

“Secara keseluruhan, semua jiran kita menunjukkan minat untuk bekerjasama, khususnya dalam agenda peralihan tenaga. Ini satu perkembangan positif yang mencerminkan kesungguhan rantau ini dalam mencapai matlamat tenaga mampan,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan