Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama peserta iTekad selepas merasmikan Simposium Sasana 2025 di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia hari ini. Foto, Bernama.

Kerajaan tubuh jawatankuasa khas tangani kos kesihatan – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 17 Jun: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas untuk menangani peningkatan kos penjagaan kesihatan yang kini menjadi cabaran kepada rakyat.

Ujar Perdana Menteri, jawatankuasa yang terdiri daripada Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan dan Bank Negara Malaysia (BNM) itu akan bekerjasama untuk memastikan penjagaan kesihatan yang berkualiti, mampu milik dan boleh diakses oleh semua rakyat.

Kata Anwar, majoriti rakyat berdepan isu penjagaan kesihatan swasta semakin sukar didapatkan kerana kos yang semakin meningkat.

“Ini bukan semata-mata kebimbangan ekonomi tetapi adalah soal kesejahteraan negara,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Simposium Sasana 2025 di BNM di sini, hari ini.

Turut hadir, Gabenor BNM, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour, 

Tambah Perdana Menteri, negara perlu bersedia untuk melakukan anjakan asas ke arah sistem penjagaan kesihatan swasta berasaskan nilai yang mengutamakan hasil, ketelusan dan kesaksamaan.

“Pembaharuan termasuk penetapan harga yang lebih jelas, penjagaan kesihatan digital yang lebih kukuh dan akses yang diperluaskan melalui pilihan mampu milik seperti produk insurans perubatan berasaskan sejagat.

“Sekali lagi ditekankan matlamat kita adalah untuk menjadikan penjagaan kesihatan sebagai tonggak daya tahan negara,” tambahnya.

Anwar menegaskan bahawa usaha reformasi kerajaan bukan hanya sekadar di permukaan tetapi usaha struktur yang berpandukan belas kasihan, dasar yang kukuh dan keperluan untuk rakyat. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan