Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Belum ada sebarang keputusan untuk membawa pulang rakyat Malaysia di kawasan terjejas konflik di Iran. - PM. Foto fail AFP

Kerajaan pantau konflik di Iran sebelum putuskan untuk bawa pulang rakyat Malaysia – PM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 17 Jun:  Kerajaan memantau rapi situasi konflik di Iran susulan serangan Israel ke atas negara berkenaan sebelum membuat sebarang keputusan untuk membawa pulang rakyat Malaysia di sana.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setakat ini, belum ada sebarang keputusan untuk membawa pulang rakyat Malaysia di kawasan terjejas konflik di Iran.

“Belum,” katanya ringkas kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkara itu usai merasmikan Simposium SASANA di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Gabenor Bank Negara Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Datuk Johan Mahmood @ Johan Mahmood Merican.

Jumaat lepas, Israel melancarkan beberapa siri serangan ke atas Iran yang mengorbankan beberapa pegawai kanan tentera dan saintis negara itu.

Sebagai tindak balas, Iran melancarkan peluru berpandu balistik ke beberapa lokasi di Israel, mengakibatkan beberapa kematian dan kecederaan.

Kementerian Luar dalam kenyataan pada Jumaat mengesahkan tiada rakyat Malaysia di Iran yang terjejas susulan serangan Israel ke atas negara itu.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan