Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang jurutera wanita di sebuah kilang di Bayan Lepas di sini berputih mata apabila kesemua wang simpanannya sebanyak RM336,760 lesap dipercayai selepas menjadi mangsa penipuan Phone Scam baru-baru ini. Foto hiasan, Envato.

Jurutera wanita hilang RM336,760 ditipu scammer menyamar wakil SKMM

GEORGE TOWN, 17 Jun: Seorang jurutera wanita berputih mata apabila kesemua wang simpanannya sebanyak RM336,760 lesap dipercayai selepas menjadi mangsa penipuan Phone Scam baru-baru ini.

Mangsa berusia 35 tahun itu yang bekerja di sebuah kilangmula terjerat selepas menerima panggilan daripada seorang lelaki yang menggunakan satu nombor telefon bimbit semasa dia sedang bekerja pada 25 Mac lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, suspek lelaki itu telah memperkenalkan diri sebagai wakil daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang memaklumkan nombor telefon wanita itu telah terlibat dalam 33 laporan polis berkaitan pelbagai aktiviti jenayah.

Katanya, panggilan tersebut kemudiannya dikatakan disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak sebelum mangsa bercakap dengan individu lain yang menyamar pagawai polis.

“‘Pegawai polis’ itu memaklumkan bahawa mangsa terlibat kes pengubahan wang haram dan diarahkan menyerahkan kesemua wang miliknya untuk tujuan siasatan.

“Suspek turut beri jaminan bahawa wang itu akan dipulangkan apabila siasatan selesai selain mangsa diugut akan diberikan waran tangkap jika gagal berbuat demikian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ujar Hamzah, mangsa yang ketakutan telah mula membuat transaksi pemindahan wang kepada 14 akaun bank berbeza pada 25 Mac sehingga 9 Jun lalu membabitkan wang berjumlah RM336,760.

Katanya, wanita itu akhirnya menyedari dia ditipu selepas supek berterusan meminta bayaran tambahan biarpun wang simpanannya telah kehabisan.

“Mangsa telah tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada 14 Jun lalu dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan