KUCHING, 17 Jun: Mesyuarat Penyelarasan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak telah diadakan di sini, semalam.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah Imigresen Sarawak, Abdul Halim Abang Naili bersama Timbalan Pengarah Imigresen Negeri Sarawak (Kawalan), Norhafiza Junaidi.
JIM Sarawak dalam kenyataan berkata, perbincangan utama mesyuarat memfokuskan kepada aspek-aspek pengoperasian serta isu-isu dalaman yang berkaitan dengan Bahagian Penguatkuasa.
“Ini bertujuan untuk memastikan kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan tugas-tugas harian.
“Salah satu penekanan utama yang diberikan dalam mesyuarat ini adalah berkaitan dengan pengukuhan aktiviti penguatkuasaan,” kata kenyataan itu.
Ini bagi memastikan JIM Sarawak  terus komited dalam melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan undang-undang imigresen dengan lebih cekap dan efisien.-TVS