TEHRAN, 17 Jun: Rejim Israel telah melancarkan serangan ke atas ibu pejabat televisyen kebangsaan Iran, Penyiaran Republik Islam Iran (IRIB), ketika program sedang disiarkan secara langsung.
Menurut Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA) siaran langsung di Saluran Berita IRIB terganggu seketika namun berjaya disambung semula beberapa minit kemudian.-TVS