Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan cuaca yang kurang elok menyukarkan operasi mencari dan menyelamat(SAR) Rudy Ranggau,36, semalam. Foto JBPM

Cuaca kurang elok sukarkan SAR cari Rudy

BINTULU, 17 Jun: Keadaan cuaca yang kurang elok menyukarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) Rudy Ranggau,36,
seorang lelaki dikhuatiri hilang ketika keluar mencari katak di Sungai Asau dan Sungai Puyu di belakang Rumah Panjang Puyu, Sebauh di sini, semalam.

Komander Operasi, Muhammad Ismadi Mohamat Pendi berkata, pada sebelah pagi SAR tidak dapat dijalankan atas arahan pihak polis kerana cuaca hujan lebat di lokasi kejadian.

“Pada jam 2 petang pasukan SAR memulakan operasi dengan menggunakan konsep L.A.S.T (Follow The Stream) dengan jarak 1.1 kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK ke dalam hutan dan sepanjang tebing sungai, namun mangsa masih belum dijumpai.

“Pada jam 4.40 petang operasi SAR ditangguhkan atas arahan pihak polis kerana cuaca hujan dan keadaan gelap di kawasan pencarian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, setakat ini mangsa masih belum dijumpai, operasi SAR akan disambung semula pada hari ini

Dalam kejadian pada Sabtu, mangsa dikhuatiri hilang selepas keluar dari rumah lebih kurang jam 5 pagi ketika keluar mencari katak. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan