Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penganjuran SOME melambangkan komitmen berterusan negara-negara ASEAN dalam merealisasikan matlamat pembangunan tenaga yang mampan, inklusif dan berdaya tahan di rantau ini.

ASEAN komited realisasi tenaga mampan serantau

BySaibi Gi

KUCHING, 17 Jun: Penganjuran Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Tenaga ASEAN (SOME) kali ke-43 melambangkan komitmen berterusan negara anggota dalam merealisasikan matlamat pembangunan tenaga yang mampan, inklusif dan berdaya tahan di rantau ini.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam kenyataan memaklumkan, kerjasama erat antara negara anggota meletakkan ASEAN pada landasan kukuh untuk membina masa depan tenaga yang lestari demi kesejahteraan bersama.

Mesyuarat yang berlangsung mulai semalam hingga 18 Jun di Kuching, Sarawak itu menghimpunkan pegawai kanan tenaga dari semua negara anggota ASEAN, dengan kehadiran wakil Timor-Leste sebagai pemerhati.

“Antara agenda utama mesyuarat ialah perkembangan pelaksanaan projek sambung tara rentas sempadan di bawah inisiatif ASEAN Power Grid (APG) yang menjadi tonggak penting dalam memperkukuh integrasi tenaga serantau,” kata kenyataan itu.

Mesyuarat dipengerusikan Ketua Setiausaha PETRA, Datuk Mad Zaidi Mohd Karli. Majlis makan malam SOME 43 dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, malam tadi.

Menurut kenyataan itu, mesyuarat juga menilai kemajuan pelaksanaan Pelan Tindakan Kerjasama Tenaga ASEAN (APAEC) Fasa II 2021–2025 serta membincangkan hala tuju dokumen APAEC 2026–2030 yang sedang dirangka.

“Perbincangan turut menumpukan kepada kemajuan perdagangan tenaga pelbagai hala menerusi Projek Integrasi Tenaga Lao PDR–Thailand–Malaysia–Singapura (LTMS-PIP),” katanya.

Topik dasar peralihan tenaga seperti peningkatan tenaga boleh baharu, kecekapan tenaga, potensi tenaga nuklear dan penyelarasan dasar tenaga turut menjadi fokus.

Selain itu, persiapan awal Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) yang dijadualkan pada Oktober ini turut dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan.

“Penganjuran mesyuarat ini bukan sahaja mengukuhkan kerjasama tenaga serantau, malah memperlihatkan kesungguhan ASEAN dalam mendepani cabaran peralihan tenaga global secara bersepadu dan inklusif,” jelas kenyataan itu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan