Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anwar hadir merasmikan Persidangan Antarabangsa Kesejahteraan Sosial (ISWC) di ibu negara hari ini. Foto, Amiruddin Shah (TVS).

Anwar seru anjakan dasar hadapi penuaan penduduk di Malaysia

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 17 Jun:Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru perubahan paradigma dalam dasar awam, dengan menggesa negara supaya tidak lagi melihat jangka hayat panjang (penenuaan) semata-mata sebagai satu tren demografi.

Anwar berkata, dasar awam perlu mengiktirafnya sebagai satu transformasi struktur yang menuntut pembaharuan proaktif dalam bidang penjagaan kesihatan, perancangan ekonomi dan sistem sosial.

Jelas beliau dasar awam perlu mengambil perhatian bahawa jangka hayat panjang adalah satu transformasi dalam masyarakat, bukan sekadar satu tren.

“Kita mesti bertanya, adakah institusi, dasar dan cara berfikir kita sudah bersedia untuk perubahan ini?

“Menurut Laporan Tinjauan Ekonomi Jangka Hayat Global, ekonomi global berkaitan jangka hayat dijangka melebihi AS$65 trilion menjelang 2030. Ini sesuatu yang menarik.

“Pada zaman saya menjadi Menteri Kewangan dahulu, tiada siapa pun bercakap tentang laporan jangka hayat. Kini, di peringkat antarabangsa, kita mempunyai laporan tinjauan ekonomi dan laporan jangka hayat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Antarabangsa Kesejahteraan Sosial (ISWC) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Sementara itu Anwar yang juga Menteri Kewangan memuji inisiatif dan langkah yang diambil oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terus meneroka pendekatan baharu bagi memastikan pesaraan rakyat Malaysia terjamin

Selain itu, Anwar berkata, penglibatan KWSP dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) memperlihatkan kerjasama awam dan swasta yang kukuh.

Kata beliau, kolaboratif itu turut memperkukuh infrastruktur, akses dan kualiti penjagaan kesihatan, sekali gus mewujudkan satu sistem yang mampu menyokong rakyat di negara ini.

“Kita harus mengiktiraf dan menghargai bahawa KWSP telah menunjukkan prestasi yang sangat baik.

“Mereka juga terus meneroka pendekatan baharu untuk meningkatkan kecukupan persaraan. Melihat kepada jangka hayat rakyat yang semakin panjang, tumpuan perlu beralih daripada simpanan kepada pendapatan persaraan yang mampan.

“Oleh itu, kita mesti mula memikirkan bagaimana untuk membina satu sistem yang mencerminkan solidariti yang lebih kukuh, khususnya bagi mereka yang mempunyai simpanan dan pendapatan terhad,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan