Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba cedera dihantar ke hospital menggunakan ambulans APM. Foto APM Sabah

13 rumah terbakar di Kampung Petagas, dua anggota bomba cedera

PUTATAN, 17 Jun: Dua anggota bomba cedera manakala 13 rumah separuh kekal musnah dalam kebakaran besar di Kampung Petagas di sini, yang berlanjutan sehingga tengah malam.

Menurut Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah, panggilan kecemasan diterima pada jam 4 petang sebelum jentera pertama tiba 10 minit kemudian.

Operasi pemadaman dikawal pada jam 4.55 petang dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.31 tengah malam.

“Kebakaran melibatkan 13 rumah. Sembilan terbakar keseluruhan, satu terbakar 20 peratus dan tiga lagi terbakar 10 peratus,” kata Komander Operasi PBK I Zainuddin bin Saidi dari BBP Putatan.

Turut musnah enam kenderaan termasuk dua Perodua Kancil, Suzuki Swift, Suzuki Jimny, Toyota Hiace dan Proton Satria.

Seramai 24 anggota dari empat balai iaitu Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran  dikerah bersama lima jentera termasuk CFRT, FRT, LFRT serta dua tangki air. Operasi menggunakan dua aliran sepanjang 400 kaki dengan empat pancutan.

Dua anggota bomba cedera, seorang terkena renjatan elektrik, seorang lagi strok haba dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth menaiki ambulans APM. Kedua-duanya dilaporkan stabil.–TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan