Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 70 orang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Zon Sarawak telah menyertai Program Kenegaraan Malaysia Madani (Pasukan Beruniform) yang diadakan di Pusat Latihan Kenegaraan Sampadi, Lundu. Foto JPJ Sarawak

Warga JPJ perlu jadi ejen perubahan, beri impak positif kepada masyarakat dan negara

KUCHING, 16 Jun: Seramai 70 orang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Zon Sarawak telah menyertai Program Kenegaraan Malaysia Madani (Pasukan Beruniform) yang diadakan di Pusat Latihan Kenegaraan Sampadi, Lundu, mulai 13 Jun hingga semalam.

Program anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia di bawah Pejabat Perdana Menteri merupakan platform strategik dalam menyemai nilai-nilai kenegaraan serta memperkukuh semangat Malaysia Madani dalam kalangan penjawat awam pasukan beruniform.

JPJ Sarawak dalam kenyataan berkata, sepanjang tiga hari pelaksanaan program, para peserta telah terlibat dalam pelbagai pengisian bermanfaat yang bertujuan meningkatkan semangat patriotisme dan membina jati diri.

Antaranya termasuklah sesi Interaktif Kenegaraan, Ceramah Inspirasi 1963, Bicara Malaysia Madani: Membina Negara Bangsa serta aktiviti bina insan dan riadah.

Modul-modul ini memberi ruang kepada peserta untuk merenung semula peranan mereka sebagai penjawat awam dalam usaha membentuk negara bangsa yang progresif, bersatu dan berintegriti.

Majlis penutupan program telah disempurnakan Ketua Bahagian Kanan Pengurusan, Keselamatan Jalan Raya dan Korporat JPJ Sarawak, Christopher Alex Boniface Barau.

Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan menerapkan nilai Malaysia Madani dalam pelaksanaan tugas harian, selain menyeru agar semua warga JPJ terus menjadi ejen perubahan yang memberi impak positif kepada masyarakat dan negara.

“Penyertaan kakitangan JPJ dalam program ini bukan sahaja memperkukuh semangat kenegaraan dalam kalangan peserta, malah memperlihatkan komitmen berterusan JPJ dalam melahirkan penjawat awam yang berwibawa, berdedikasi dan berpaksikan nilai-nilai Madani demi kemajuan Malaysia yang lebih cemerlang,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan