Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis perasmian International Buddhist Sakyadhita Forum 2025 yang bertemakan Melayari Perubahan: Wanita Penganut Buddha Dalam Peralihan (Navigating Change: Buddhist Women in Transition) berlangsung hari ini. Foto TVS.

Wanita Buddha tunjuk kepimpinan hadapi cabaran global

KUCHING, 16 Jun: Wanita penganut Buddha terus menunjukkan kepimpinan melalui amal, belas kasihan dan ketabahan dalam menghadapi cabaran global seperti perubahan iklim dan kemajuan teknologi.

Berucap semasa merasmikan International Buddhist Sakyadhita Forum 2025 bertemakan Melayari Perubahan: Wanita Penganut Buddha Dalam Peralihan, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, tema forum itu bukan sahaja relevan kepada penganut Buddha malah mencerminkan realiti yang dihadapi masyarakat pelbagai agama.

“Kita kini berdepan dengan perubahan institusi, generasi, kemajuan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), perubahan iklim dan konflik global yang meruncing,” katanya.

Menurutnya, forum tersebut merupakan platform penting untuk dialog, perkongsian ilmu dan sokongan dalam memperkasakan wanita.

Dr Sim turut menyambut baik penganjuran forum di Kuching yang menghimpunkan lebih 400 peserta dari lebih 35 negara,sekali gus mencerminkan komitmen global memperkukuh peranan wanita dalam agama Buddha.

“Ia membuka ruang meneroka bagaimana tradisi dan inovasi boleh digabungkan dengan integriti di samping memperkukuh peranan ajaran Dharma dalam menghadapi cabaran masa kini,” ujarnya.

Forum selama lima hari itu berlangsung mulai hari ini hingga Jumaat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan