Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sirip ikan yu yang didapati dalam vesel nelayan tempatan hasil pemeriksaan Maritim Malaysia Foto Maritim Malaysia

Vesel nelayan tempatan ditahan terlibat aktiviti penyiripan ikan yu

KUCHING, 16 Jun; Sebuah vesel nelayan tempatan kelas C bersama tiga kru warga tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sarawak kerana disyaki melanggar Akta Perikanan 1985.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairi Abd Aziz berkata, tangkapan dilakukan sekitar jam 2.30 petang semalam dalam rondaan OP TIRIS 3.0 dan OP PERMAI 01/2019 pada kedudukan 1.3 batu nautika barat daya Tanjung Muara Tebas.

“Hasil pemeriksaan mendapati kru berusia antara 32 hingga 61 tahun itu disyaki terlibat dalam aktiviti penyiripan ikan yu iaitu memotong atau memiliki sirip ikan yu di atas vesel dan membuang badan ikan ke laut, yang jelas melanggar syarat sah lesen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Vesel terbabit bersama semua kru telah diiring ke Jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) untuk siasatan lanjut.

Maritim Malaysia turut mengingatkan komuniti maritim agar mematuhi undang-undang dan sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan semasa berada di laut.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan