Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN ke-43 Mengenai Tenaga (SOME) ke-43 yang berlangsung tiga hari pada 16 hingga 18 Jun di Kuching. Foto TVS

SOME: Keterlibatan negara rakan dialog beri nilai tambah kepada ASEAN

ByFebbright James

KUCHING, 16 Jun: Keterlibatan rakan dialog seperti China, Amerika Syarikat dan Jepun pada Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN ke-43 Mengenai Tenaga (SOME) ke-43 memberi nilai tambah kepada negara ASEAN terutamanya dalam pelaburan dan perkongsian teknologi.

Menurut Setiausaha Bahagian Tenaga Lestari Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Asdirhyme Abdul Rasib, negara-negara rakan dialog ini mempunyai keupayaan dari segi teknologi dan pembiayaan kewangan.

“Fokus utama kita di peringkat pegawai kanan tenaga untuk memudahcara dan juga menarik pelaburan daripada rakan-rakan dialog serta pertukaran teknologi bagi membantu kita mencapai kestabilan dan keselamatan bekalan tenaga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS pada SOME Ke-43 di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Dalam pada itu, SOME 2025 menjadi platform untuk negara-negara anggota ASEAN membincangkan mengenai hala tuju perlaksanaan dan pembangunan tenaga di rantau ini.

Menurut beliau, mesyuarat ini turut menjadi medan untuk mengenal pasti dan menetapkan strategi serta pelaksanaan inisiatif bagi membangunkan sektor tenaga khususnya bekalan elektrik.

“Antara tumpuan perbincangan pada pagi ini adalah berkaitan dengan ASEAN Power Grid, pembangunan tenaga boleh diperbaharui dan juga pelaksanaan sekuriti atau keselamatan bekalan tenaga.

“Kita berharap semua negara ASEAN yang merangkumi 10 negara yang hadir pada mesyuarat ini untuk mencapai kata sepakat dan persetujuan.

“Satu mengenai rangka kerja ASEAN Power Grid. Yang kedua, Pelan Tindakan Kerjasama Tenaga ASEAN (APAEC) atau pelaksanaan program ataupun inisiatif-inisiatif berkaitan ASEAN bagi Pasca 2025. Itu merupakan tujuan utama.

“Di samping kita bertemu dengan rakan-rakan dialog kita bagi mengenal pasti program-program dan jangkaan rancangan pembangunan yang mana boleh membantu pembangunan tenaga di negara-negara ASEAN,” katanya.

Menurutnya, penganjuran mesyuarat ini merupakan salah satu tanggungjawab PETRA untuk mengelola acara berkaitan tenaga adalah bersempena dengan Malaysia menjadi pengerusi ASEAN 2025

“Pada tahun ini kita ada tiga mesyuarat bermula dengan mesyuarat istimewa SOME di Langkawi pada awal Januari yang lepas.

“Diikuti dengan mesyuarat pegawai kanan SOME di Kuching ini pada 16-18 dan kita akan terus ke mesyuarat AMET iaitu mesyuarat di peringkat menteri-menteri yang dijadual berlangsung pada Oktober 2025,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan