Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 150,557 calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 berjaya mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Foto fail Bernama

Seramai 150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA – KPT

ByBernama

PUTRAJAYA, 16 Jun: Seramai 150,557 calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 berjaya mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA), menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

KPT dalam kenyataan hari ini memaklumkan jumlah itu merangkumi 67.33 peratus daripada keseluruhan 223,624 permohonan yang diterima melalui sistem UPUOnline.

“Daripada jumlah tersebut, 86,589 calon ditawarkan tempat di Universiti Awam (UA), 42,058 di Politeknik, 20,427 di Kolej Komuniti dan 1,483 di institusi di bawah MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT).

“Tawaran menerusi Laluan Khas pula melibatkan 17,693 calon, merangkumi 16,189 daripada kategori B40, 590 Orang Kurang Upaya (OKU), 593 atlet dan 321 Orang Asli,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, seramai 43 calon lepasan institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut ditawarkan tempat di IPTA.

Menurut KPT, kemasukan pelajar ke institusi-institusi tersebut dibuat berasaskan prinsip meritokrasi, dengan menyusun semua calon yang layak mengikut markah merit tertinggi hingga terendah.

“Secara keseluruhannya, sebanyak 349 program pengajian ditawarkan bagi sesi ini, meliputi 41 program sijil, 55 program asasi, 252 program diploma dan satu program ijazah sarjana muda,” menurut kenyataan itu.

Bagi calon yang tidak menerima sebarang tawaran, mereka boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline dalam tempoh 10 hari bermula hari ini sehingga 25 Jun ini, sebelum pukul 5 petang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan