Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa melawat Projek Hidroelektrik Baleh hari ini. Foto TVS

Sarawak tubuh Lembaga Pembangunan Tasik menjelang 2030

ByConnie Grace

KAPIT, 16 Jun: Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Lembaga Pembangunan Tasik (Lake Development Authority – LDA) menjelang 2030 bagi memperkukuh pengurusan sumber alam semula jadi wilayah ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, LDA akan mengurus dan memantau pembangunan semua tasik di Sarawak termasuk empangan dan tasik semula jadi dengan fokus kepada kelestarian alam sekitar dan pembangunan mampan.

“LDA akan menjadi badan kawal selia bagi memastikan pembangunan kawasan tasik termasuk projek tenaga hidro tidak menjejaskan ekosistem.

“Ia juga akan menyokong aktiviti sosioekonomi seperti pelancongan dan pertanian berasaskan sumber semula jadi,” katanya semasa lawatan ke Projek Hidroelektrik Baleh hari ini.

Menurutnya, LDA akan bertindak sebagai pemudah cara antara kerajaan dan komuniti perniagaan serta bekerjasama dengan agensi seperti Sarawak Forestry Corporation (SFC) dan Jabatan Pertanian bagi memastikan pengurusan holistik.

Penubuhan LDA juga selaras dengan komitmen Sarawak untuk menyertai Asian Green Room dalam mempromosikan pembangunan mesra alam di peringkat serantau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan