Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak kini berada di landasan tepat untuk membawa inisiatif tenaga hijau wilayah ini ke peringkat global melalui penyertaan dalam Asian Green Room. Foto TVS

Sarawak perkukuh peranan sebagai peneraju tenaga hijau Asia

ByConnie Grace

KAPIT, 16 Jun: Sarawak berada di landasan tepat untuk mengangkat inisiatif tenaga hijaunya ke peringkat global menerusi penyertaan dalam Asian Green Room.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kemajuan dalam sektor tenaga bersih dan mampan membuka peluang besar untuk wilayah ini muncul sebagai peneraju tenaga hijau di Asia.

“Penyertaan ini membolehkan kita mempamerkan komitmen terhadap tenaga boleh diperbaharui dan pembangunan mampan di peringkat antarabangsa,” katanya selepas melawat Projek Hidroelektrik Baleh hari ini.

Menurutnya, ia juga akan memperkukuh reputasi Sarawak dalam kalangan negara pengeluar tenaga hijau dan merapatkan hubungan ekonomi serta perdagangan dengan negara yang berkongsi matlamat mengurangkan jejak karbon.

“Projek tenaga hijau Sarawak bukan hanya untuk keperluan domestik tetapi turut menyumbang kepada usaha global menangani perubahan iklim.

“Melalui Asian Green Room, kita dapat berkolaborasi dengan pelbagai negara bagi membentuk masa depan tenaga yang lebih lestari,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan