Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fahmi hadir pada Majlis Peluncuran PRIME di Cyberjaya di sini hari ini. Foto TVS.

PRIME bantu operasi menyelamat, penyebaran maklumat

CYBERJAYA, 16 Jun: Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memperkenalkan Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (PRIME) bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan dalam berhadapan dengan situasi bencana dan kecemasan di tempat awam.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, PRIME berfungsi sebagai sistem sokongan komunikasi ketika operasi menyelamat, pengurusan bantuan dan penyampaian maklumat dijalankan di kawasan terpencil atau terjejas liputan.

“PRIME dibangunkan bagi membantu agensi dan pasukan penyelamat, termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), bagi memastikan sistem komunikasi dapat terus berfungsi dengan baik di kawasan operasi berlakunya bencana.

“Inisiatif ini bukan sahaja berperanan dalam membantu operasi menyelamat, malah turut dimanfaatkan oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyampaikan maklumat dan berinteraksi dengan komuniti di kawasan terpencil yang masih belum mempunyai akses internet,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas hadir Majlis Peluncuran PRIME di sini pada Isnin.

Tambah Fahmi, kenderaan PRIME dilengkapi dengan teknologi satelit, selular, radio dua hala, Wi-Fi dan dron.

“Dron tersebut turut dilengkapi dengan peranti mesh Wi-Fi yang membolehkan pencapaian rangkaian internet diperluas sehingga lima kilometer,” katanya.

Pada masa sama, beliau memaklumkan tiga unit PRIME dibangunkan untuk kegunaan di seluruh negara.

“Satu unit yang telah siap sedia akan digunakan di Semenanjung Malaysia, manakala dua lagi unit dijangka siap menjelang suku keempat tahun ini untuk kegunaan di Sabah dan Sarawak,” jelasnya. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan