Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pesara syarikat swasta di Perai dekat sini bukan sahaja kempunan keuntungan pelaburan lebih RM23.2 juta, bahkan berputih mata apabila wang yang dilaburkan sebanyak RM827,120 lesap dipercayai selepas ditipu oleh skim pelaburan tidak wujud. Foto hiasan Envato

Pesara kempunan untung pelaburan RM23.2 juta, rugi RM827,120

GEORGE TOWN, 16 Jun: Seorang pesara syarikat swasta di Perai dekat sini bukan sahaja kempunan keuntungan pelaburan lebih RM23.2 juta, bahkan berputih mata apabila wang yang dilaburkan sebanyak RM827,120 lesap dipercayai selepas ditipu oleh skim pelaburan tidak wujud baru-baru ini.

Mangsa lelaki berusia 55 tahun itu dikatakan mula terjerat selepas melihat satu iklan pelaburan di Facebook pada awal April lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, mangsa yang menghubungi seorang suspek wanita menerusi aplikasi WhatsApp telah ditawarkan dengan pelaburan yang menjanjikan pulangan sebanyak tujuh peratus bagi setiap modal dalam tempoh singkat.

Katanya, lelaki itu telah memuat turun aplikasi bernama Freeman Ltd untuk mendaftar sebagai ahli dan memulakan pelaburan selepas diberi penerangan oleh suspek.

“Dalam tempoh sejak 19 April hingga 26 Mei lalu, mangsa telah membuat 22 transaksi pindahan wang ke enam akaun bank berbeza milik syarikat berjumlah RM827,120.

“Dia mula menyedari ditipu apabila tidak dapat membuat pengeluaran keuntungan yang dipaparkan pada aplikasi itu sebanyak RM23,241,952,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, mangsa kemudiannya tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di Bukit Mertajam dekat sini pada Khamis lalu.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Dalam perkembangan berbeza, Hamzah berkata, seorang pesara juruteknik kilang berusia 56 tahun kerugian wang sebanyak RM321,250 selepas dipercayia menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian pada hari sama.

Katanya, lelaki itu ditawarkan dengan keuntungan 30 peratus bagi setiap modal dalam tempoh tiga bulan dengan melabur menerusi aplikasi Demex Global.

“Dia kemudian sedar ditipu selepas tidak dapat mengeluarkan keuntungan sebanyak RM280,000 selain diminta bayaran tambahan RM120,000 sebagai caj pengeluaran,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan