Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kepulan asap tebal dilihat dari kilang penapisan minyak di selatan Tehran, selepas ia terkena serangan Israel baru - baru ini. Foto fail AFP.

Perang Israel-Iran tidak pengaruhi industri minyak, mekanisme harga negara – Anwar

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 16 Jun: Perang yang tercetus melibatkan Israel dengan Iran dilihat tidak akan mempengaruhi industri minyak atau mekanisme harga minyak negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ujar Perdana Menteri, beliau telah berhubung dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) Haitham Al Ghais serta peserta utama industri minyak bagi membincangkan perkara tersebut.

“Mereka mengawasi dengan dekat hal itu namun ia tidak akan mempengaruhi industri dan mekanisme harga.

“Kami berharap konflik itu boleh diselesaikan dengan segera,” katanya kepada pemberita selepas hadir persidangan Energy Asia 2025 di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata wujudnya kebimbangan dalam kalangan pemain industri mengenai penutupan Selat Hormuz yang merupakan laluan penting bagi eksport minyak dan gas asli cecair (LNG).

“Ini adalah soal kesan ekonomi,” ujarnya.

Semalam, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan akan menghubungi rakan sejawatnya dari Iran, Seyyed Abbad Araghchi dalam masa terdekat untuk meminta supaya laluan itu tidak ditutup. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan