Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Pelancaran Energy Asia 2025 di ibu negara. Foto: Farhan Daniel (TVS)

Peralihan tenaga Asia perlu dipacu dengan ekuiti

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 16 Jun: Peralihan tenaga Asia perlu dipacu secara adil dan saksama dengan memastikan keseimbangan antara penggunaan tenaga konvensional dan pembangunan tenaga boleh baharu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata usaha peralihan ini hendaklah lebih realistik dan berlandaskan ekuiti bagi menjamin kestabilan tenaga dan memacu pertumbuhan ekonomi rantau.

“Bahan api fosil masih menyumbang hampir 80 peratus daripada bekalan global dan tidak masuk akal untuk kita berpisah daripada tenaga tradisional ini tanpa memberikan peluang untuk membangun dengan penuh yakin dan memenuhi permintaan teknologi,” katanya.

Anwar berkata demikian semasa berucap pada Perasmian Energy Asia 2025 di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz.

Sehubungan itu, kata beliau, pelaburan dalam peralihan tenaga adalah penting dalam meningkatkan kecekapan dan mengurangkan pelepasan karbon, dalam sistem tenaga sedia ada.

“Dalam persediaan rantau ini untuk meningkatkan taraf ekonomi, usaha kea rah sifar bersih perlu mengambil kira bahawa tenaga boleh diperbaharui dilengkapi oleh minyak dan gas dengan kurang pelepasan,” katanya.

Pada masa sama, Anwar menegaskan bahawa keselamatan tenaga perlu diimbangi dengan penekanan terhadap keadilan sosial dan akses yang inklusif agar manfaat pembangunan tenaga dapat dinikmati secara bersama.

“Ini amat kritikal bagi Asia, di mana keselamatan tenaga kekal menjadi prasyarat bagi mencapai kemajuan. Pendekatan seimbang ini memastikan akses yang berpatutan kepada tenaga, yang penting untuk meningkatkan taraf hidup. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan