Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nancy hadir merasmikan Program Inspirasi Wanita:Womenpreneurs Shaping the Future Economy di Seberang Jaya, Pulau Pinang hari ini. Foto, TVS.

Penyertaan wanita dalam politik perlu dipertingkat – Nancy

BUTTERWORTH, 16 Jun: Kesedaran politik dalam kalangan wanita dilihat perlu dipertingkatkan agar suara mereka dapat diangkat lebih tinggi dalam merangka dasar kerajaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pada ketika ini 49 peratus rakyat Malaysa merupakan wanita, namun jumlah Ahli Parlimen wanita hanya 13.36 peratus.

Jelas beliau jurang yang wujud masih luas selain peratus wanita memegang jawatan tinggi dalam sektor awam pada kadar 38.9 peratus.

“Parti-parti politik juga perlu mainkan peranan dan beri peluang kepada wanita terutama mereka yang kita lihat mempunyai kehebatan untuk dapat menyumbang kepada kepimpinan serta kemajuan negara dan negeri,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau ditemui selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program Inspirasi Wanita: Womenpreneurs – Shaping the Future Economy di sebuah hotel di Seberang Jaya dekat sini.

Sementara itu, dalam ucapannya, Nancy berkata, sumbangan wanita juga dilihat penting untuk menjadi peneraju dalam bidang ekonomi, apatah lagi dunia sedang mengalami perubahan pantas dalam bidang teknologi, kecerdasan buatan (AI) dan ekonomi hijau.

“Tetapi, apabila melihat data, kadar penyertaan tenaga buruh wanita hanya 56.3 peratus yang jauh di bawah lelaki sebanyak 83.2 peratus, sedangkan wanita kita lebih ramai di universiti dan lebih tinggi dalam pencapaian akademik.

“Jika jurang ini ditutup, sumbangan wanita dijangka menambah RM6 bilion kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK),” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan