Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tengku Muhammad Taufik berucap pada Energy Asia 2025 di Kuala Lumpur hari ini. Foto TVS

Pelaburan dalam sektor tenaga jamin kelestarian bekalan tenaga

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 16 Jun: Sektor tenaga di rantau Asia memerlukan pelaburan berterusan bagi menjamin keselamatan dan kelestarian bekalan tenaga untuk jangka panjang.

Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz berkata sinergi antara pihak kerajaan, institusi kewangan dan pemain industri amat mustahak dalam merangka dasar yang mampu menarik pelaburan berskala besar.

“Dasar ini membantu untuk membuka pintu (kewangan) kepada pembangunan projek tenaga, terutamanya di negara membangun yang paling memerlukan (pelaburan),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perasmian Energy Asia 2025 di sini, hari ini.

Persidangan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri oleh Datuk Seri Fadillah Yusof serta Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Tambah Tengku Muhammad Taufik, rantau ini memerlukan kira-kira 90 trilion dolar Amerika Syarikat (AS) dalam bentuk pelaburan tenaga menjelang 2050 bagi merealisasikan aspirasi Asia untuk mencapai tahap sifar bersih.

Sementara itu, Tengku Muhammad Taufik menegaskan bahawa pelaburan tersebut perlu disalurkan secara seimbang kepada tenaga konvensional dan tenaga boleh diperbaharui.

Dengan kepelbagaian sumber tenaga boleh baharu dan tradisional jelas beliau, rantau Asia menjadi destinasi pertumbuhan industri tenaga dunia.

“Dengan permintaan yang sudah melebihi bekalan ketika ini, kita mesti (meningkatkan pelaburan) dengan sesegera mungkin berbanding sebelumnya,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan