Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pekerja sebuah kedai mencuci kereta parah selepas kenderaan pelanggan yang dipandunya melanggar tembok sebelum terjunam dari tempat letak kereta di tingkat tiga sebuah pangsapuri servis, di Jalan Klang Lama petang tadi. Foto JSPT KL

Pekerja kedai cuci kereta parah, kereta dipandu terjunam dari tingkat tiga

ByBernama

KUALA LUMPUR, 16 Jun: Seorang pekerja sebuah kedai mencuci kereta parah selepas kenderaan pelanggan yang dipandunya melanggar tembok sebelum terjunam dari tempat letak kereta di tingkat tiga sebuah pangsapuri servis, di Jalan Klang Lama petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata kejadian berlaku kira-kira 5.38 petang melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Camry yang dipandu lelaki warga Afghanistan berusia 23 tahun.

“Siasatan awal mendapati lelaki yang bekerja sebagai pencuci kereta itu dipercayai hilang kawalan ketika mahu meletakkan kenderaan milik pelanggan selepas dicuci.

“Dia dipercayai tersilap menekan pedal minyak menyebabkan kenderaan itu melanggar tembok dan terjatuh dari tingkat tiga sebelum menghempap dua kenderaan lain, iaitu Proton Iriz dan Perodua Myvi yang diparkir di bawah bangunan terbabit,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Bagaimanapun, katanya kedua-dua pemilik kereta berkenaan tiada di dalam kenderaan terbabit ketika kejadian itu berlaku.

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan parah dan dibawa ke zon merah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan