Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemandu bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan tragis yang meragut nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik pada 9 Jun. Foto fail TVS

Nahas UPSI: Lesen pemandu bas digantung serta-merta

ByBernama

PUTRAJAYA, 16 Jun: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggantung serta-merta lesen memandu vokasional (PSV) milik pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan membabitkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), baru-baru ini.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata tindakan itu diambil mengikut peruntukan Seksyen 56 (4) Akta Pengangkutan Jalan 1987 susulan siasatan yang sedang dijalankan.

“JPJ turut membuka kertas siasatan terhadap pemilik syarikat pengendali kenderaan terbabit, termasuk syarikat yang menerima pajakan permit operasi bas berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sebagai langkah proaktif, penggantungan lesen itu kekal berkuat kuasa sehingga siasatan selesai dijalankan demi menjaga kepentingan awam dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

Aedy Fadly turut menegaskan komitmen JPJ untuk tidak berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang yang boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya.

Pada awal pagi 9 Jun, 15 penuntut UPSI maut apabila bas sewa khas yang membawa mereka dari Jertih, Terengganu ke kampus utama Tanjung Malim, Perak terlibat dalam kemalangan dengan sebuah Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) di Gerik.

Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan