Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mr Enrich Kinabalu 2025 akan berlangsung di Dewan Sri Putatan, Kota Kinabalu pada 20-21 Jun 2025.

Mr Enrich Kinabalu 2025 platform atlet bina badan baharu

ByAbdullah

KUALA LUMPUR, 16 Jun: Kejohanan bina badan terbesar di Sabah, Mr Enrich Kinabalu 2025 bakal berlangsung pada 20 dan 21 Jun ini di Dewan Sri Putatan, Kota Kinabalu.

Buat julung kalinya, acara tersebut dianjurkan menerusi kerjasama antara Kelab Bina Badan Enrich dan Persatuan Bina Badan Sabah (SBBA) sekali gus dijangka mencipta sejarah baharu dalam dunia kecergasan tempatan.

Sebanyak enam kategori akan dipertandingkan termasuk kategori baharu yang diperkenalkan iaitu Body Smart (First Timer) khusus buat peserta pemula yang belum pernah menyertai sebarang kejohanan sebelum ini.

Ia bertujuan memberi peluang kepada mereka menonjolkan hasil usaha, rutin dan disiplin dalam membina tubuh badan.

Menariknya, kejohanan tersebut turut terbuka kepada peserta luar negara terutama dari Brunei dan Indonesia (Kalimantan) susulan sambutan yang amat menggalakkan daripada komuniti kecergasan serantau.

Presiden Kelab Bina Badan Enrich, Krishnakumar berkata, pihaknya komited memperluas penyertaan sukan bina badan kepada generasi baharu.

“Kira-kira 35 hingga 40 peratus peserta kali ini merupakan pendatang baharu. Ini satu petanda positif bahawa semakin ramai atlet muda berminat menyertai arena bina badan,” katanya.

Menurutnya, sokongan berterusan daripada peminat dan penggiat sukan amat penting bagi memastikan sukan ini terus berkembang ke peringkat lebih tinggi.

Dengan kerjasama erat antara Enrich dan SBBA, kejohanan Mr Enrich Kinabalu 2025 dijangka menjadi tumpuan utama dalam kalendar sukan bina badan Sabah sekaligus membuka platform lebih luas buat atlet tempatan dan antarabangsa untuk menyerlahkan potensi masing-masing. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan