Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Grid Tenaga ASEAN adalah antara agenda utama yang diberi tumpuan dalam SOME ke-43. Foto Mohamad Gustie Noorambia (TVS)

MoU Grid Tenaga ASEAN perlu dimuktamadkan Oktober 2025

ByOdleen Catherny

KUCHING, 16 Jun: Memorandum persefahaman (MoU) Grid Tenaga ASEAN perlu dimuktamadkan selewat-lewatnya Oktober tahun ini selepas sekian lama dibincangkan di peringkat serantau.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata perkara itu menjadi antara agenda utama yang diberi tumpuan dalam Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN Mengenai Tenaga ke-43 (SOME) yang sedang berlangsung di sini.

Katanya, MoU berkenaan penting bagi memperkukuh keterjaminan bekalan tenaga dan mempercepat kerjasama rentas sempadan dalam kalangan negara anggota ASEAN.

“Perkara ini sudah lama dibincangkan, namun belum dapat direalisasikan. Justeru, kita berharap sekurang-kurangnya MoU berkaitan Grid Tenaga ASEAN dapat dimeterai tahun ini, terutamanya pada Oktober nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam temu bual eksklusif bersama TVS sempena SOME yang mula bermesyuarat di sini, hari ini.

Malaysia kini mempengerusikan ASEAN bagi tahun 2025 dan akan menjadi tuan rumah Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Tenaga (AMEM) ke-43 di Kuala Lumpur, Oktober 2025.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menegaskan, SOME 2025 berperanan penting dalam merangka hala tuju dan pelan tindakan ke arah kerjasama tenaga yang lebih erat di peringkat serantau.

“Mesyuarat ini menjadi medan untuk memperhalusi keperluan tenaga ASEAN, termasuk merapatkan rantaian perhubungan tenaga dan membincangkan mekanisme pertukaran tenaga rentas sempadan,” ujarnya.

Tambahnya, Malaysia turut memberi perhatian terhadap potensi memperluaskan kerjasama bukan sahaja dalam bidang tenaga elektrik, malah turut melibatkan sumber lain seperti gas dan tenaga boleh diperbaharui.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan