Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Mad Zaidi Mohd Karli bersama pegawai-pegawai kanan berkaitan tenaga dari ASEAN mula bermesyuarat di Kuching, hari ini. Foto TVS

MoU Grid Tenaga ASEAN dan rangka kerja pembangunan kabel dasar laut fokus utama SOME ke-43

ByOdleen Catherny

KUCHING, 16 Jun: Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN Mengenai Tenaga (SOME) Ke-43 yang diadakan di sini memberi fokus kepada pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) bagi Grid Tenaga ASEAN serta penyediaan rangka kerja pembangunan kabel tenaga dasar laut.

Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Mad Zaidi Mohd Karli berkata pada mesyuarat itu juga Malaysia menggariskan tema “Powering ASEAN: Bridging Boundaries, Building Prosperity” sebagai hala tuju utama sektor tenaga serantau sepanjang tahun pengerusi ASEAN 2025.

“Adalah menjadi satu penghormatan bagi saya untuk mempengerusikan mesyuarat SOME hari ini.

“Kita terus membina kemajuan sejak Januari lalu dan saya ingin menekankan sekali lagi bahawa tema ‘Inklusiviti dan Kemampanan’ adalah tunjang kepada Pengerusi ASEAN 2025 oleh Malaysia,” katanya ketika menyampaikan ucapan pembukaannya di sini, hari ini.

Seiring dengan tema nasional tersebut, PETRA telah memilih “Powering ASEAN” sebagai tema khusus untuk mesyuarat-mesyuarat sektor tenaga tahun ini.

Menurut beliau, tema ini mencerminkan semangat keterangkuman dan daya saing yang diperlukan untuk memacu pembangunan rantau ini secara kolektif.

“Ia menekankan perlunya tenaga dan dinamik untuk membawa ASEAN ke hadapan. Matlamat akhirnya ialah untuk memperbaiki taraf hidup rakyat melalui pertumbuhan ekonomi, penciptaan pekerjaan.

“Mesyuarat ini juga turut memastikan pembangunan yang inklusif dan mampan dinikmati semua lapisan masyarakat,” ujarnya.

Beliau turut menyatakan harapan agar perbincangan pada mesyuarat kali ini dapat berlangsung dengan komitmen tinggi, khususnya dalam mencapai hasil yang sejajar dengan Keutamaan Ekonomi Malaysia dan Keutamaan Tahunan ASEAN.

Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia jelasnya amat komited menjadikan platform ini sebagai landasan kolaboratif ke arah kejayaan Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Tenaga (AMEM) ke-43 di Kuala Lumpur pada Oktober 2025. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan