Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fadillah menjadi salah seorang ahli panel Dialog Kepimpinan bersempena Energy Asia 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto, Farhan Daniel (TVS).

Malaysia kemuka Pelan Hala Tuju Grid Tenaga ASEAN akhir tahun ini

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 16 Jun: Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 akan mengemukakan Pelan Hala Tuju Grid Tenaga ASEAN menjelang akhir tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata langkah itu membolehkan Pengerusi ASEAN tahun berikutnya iaitu Filipina untuk mula menggerakkan inisiatif tersebut.

Jelas beliau, terdapat tiga cabaran yang perlu dihadapi untuk menjayakan projek mega tersebut sebelum memulakan pelaksanaannya pada 2026.

“Perlu penelitian terhadap penyeragaman peraturan dan undang-undang, perspektif teknikal serta modal perniagaan dan kewangan,” kata beliau pada Dialog Kepimpinan bersempena Energy Asia 2025 di sini, hari ini.

Sementara itu, Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, ASEAN perlu mengintegrasikan bukan sahaja tenaga tradisional bagi Grid Tenaga itu, tetapi juga tenaga bersih dan boleh diperbaharui.

Menerusi kerjasama dengan negara-negara anggota jelas beliau, ASEAN mampu memenuhi keperluan untuk menjadi antara pembekal tenaga boleh baharu dunia.

“Setiap anggota hendaklah membantu antara satu sama lain bagi memastikan keselamatan tenaga terjaga, mampu milik dan menitik berat perspektif alam sekitar,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan