Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
JDT terus memperkukuh barisan pemain mereka menjelang musim baharu Liga Super dengan membawa masuk bekas pemain tengah Sri Pahang Ibrahim Manusi. Foto JOHOR Southern Tigers.

Ibrahim Manusi diumum pemain baharu Harimau Selatan

ByBernama

JOHOR BAHRU, 16 Jun: Johor Darul Ta’zim (JDT) terus memperkukuh barisan pemain mereka menjelang musim baharu Liga Super dengan membawa masuk bekas pemain tengah Sri Pahang Ibrahim Manusi.

Pengumuman mengenai penyertaan pemain berusia 23 tahun itu dibuat menerusi satu klip video yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers.

“Hanya ada satu tempat untuk melonjakkan mutu bola sepak ke tahap lebih tinggi. Selamat datang ke Harimau Selatan, Ibrahim Manusi,” menurut kenyataan itu.

Ibrahim akan menyarung jersi nombor 27 bersama skuad Harimau Selatan.

Sebelum ini, JDT turut mengumumkan kemasukan dua pemain import iaitu penyerang Brazil Jairo Da Silva dan pertahanan Sepanyol Antonio Glauder. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan