KUCHING, 16 Jun: Kuching City FC secara rasmi mengumumkan kemasukan penjaga gol berpengalaman, Haziq Nadzli bagi memperkukuh benteng terakhir pasukan menjelang saingan Liga Super akan datang.
Menurut kenyataan rasmi kelab di laman Facebook pada Isnin, kehadiran Haziq yang dikenali dengan ketenangan dan ketangkasan di gawang diyakini mampu memperkukuh pertahanan pasukan.
Musim lalu, pemain kelahiran Terengganu itu tampil cemerlang bersama Perak FC secara pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan 19 penampilan dan enam perlawanan tanpa bolos di Liga Super.
Kelab tersebut turut menyeru penyokong memberikan sokongan penuh kepada Haziq dalam usaha mengangkat nama Kuching City FC ke tahap lebih tinggi. – TVS